KOMPILASI KOMIK BOBOIBOY MUSIM 2: JILID 2 - KEMBARA KADRAUX ( Terdiri dari Komik Boboiboy Galaxy Musim 2 Isu 5-9 + CERITA TAMBAHAN EKSKLUSIF ) BONUS Stiker ( 2 halaman ) dan postcard artwork eksklusif di dalamnya. BoboiBoy dan rakan-rakan kini dalam misi untuk mendapatkan semula ramuan-ramuan yang telah dicuri oleh Qually. Adegan kejar mengejar membawa mereka ke sebuah pergunungan tandus, yang juga merupakan lokasi ramuan legenda terakhir, Apiru Biru. Di atas saranan Tok Kasa, satu pertandigan memasak akan diadakan bagi menetukan siapakah yang layak untuk mewarisi ilmu terulung milik Tuan Guru Gaharum. BoBoiBoy perlu membuktikan kesungguhannya, demi membuka kunci Kuasa Elemental tahap yang ketiga. Selepas Rimbara, misi yang seterusnya membawa BoBoiBoy dan rakan-rakan ke Planet Kadruax bagi menjejaki sebuah Power Sphera bergelar PasuBot. Planet yang dipenuhi hutan belantara itu menyimpan 1001 misteri, namun terdapat juga pelbagai ancaman yang sedang menanti. Kompilasi Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 Jilid 2 mengandungi Isu 5 - 9 + bonus Termasuk stiker amp; artcard