Intipati stok ayam memang dapat berikan juadah anda kelazatan savuri asli sebagai bahan perasa sempurna. Stok ayam selalunya dibuat dengan isi ayam yang dididih dalam air sehingga keenakan rasa lemak pati ayam itu larut dan mesra dengan rebusan. Air pati ayam ini direneh sehingga mencapai kepekatan yang tertentu sebelum dijadikan bahan asas untuk pelbagai lauk, seperti sup, pasta, rendang, dan macam-macam lagi.