Download Tokopedia App
Tentang TokopediaMulai Berjualan PromoTokopedia Care
tokopedia-logo
Kategori
Atur jumlah dan catatan

Stok Total: 100000

Subtotal

Rp70.000

BUKU SEGUGUS PERCAKAPAN CINTA DI BAWAH MATAHARI - SHAMSUDIN OTHMAN

Rp70.000
    Shamsudin Othman dan D. Zawawi Imron bukan sekadar dua sosok yang terpisah jauh di dua negara, tetapi kedua-duanya juga datang daripada jurang dua generasi yang berbeza. Zawawi membesar dalam zaman kegetiran negara Indonesia untuk bangun sebagai negara bangsa yang merdeka dan sempat merasai “nikmat” hidup miskin yang membangunkan daya fikir dan daya puitis yang luar biasa, selain tidak berpeluang menyambung pendidikan sehabis SD, yang kemudiannya menyebabkan beliau harus membuat kerja-kerja berat untuk menyambung kehidupan. Shamsudin pula membesar ketika Malaysia sudah melangkah ke era baharu, kemudahan pendidikan diberikan secara menyeluruh kepada rakyat, dan peluang pekerjaan terbuka. Walaupun berbeza latar dan pengalaman hidup, namun kedua-duanya mempunyai persamaan. Persamaan itu ialah, kedua-duanya mendukung kecenderungan yang sama, iaitu karya-karya mereka tegar dan teguh dengan nuansa Islam, seperti yang termuat dalam antologi ini.
    Antologi yang mempertemukan dua penyair hebat daripada dua negara tetangga yang terpisah oleh garis geografi, tetapi menyatu dalam rumpun yang sama ini, menjadi khazanah yang harus dimiliki dan dicernai.

    BAROKAH BOOK HANYA MENJUAL BUKU ORIGINAL
    Ada masalah dengan produk ini?

    ULASAN PEMBELI

    Toped Illustration

    Belum ada ulasan untuk produk ini

    Beli produk ini dan jadilah yang pertama memberikan ulasan